BANTUAN ER

Rancang dengan lebih yakin.

Panduan ringkas sebelum anda membuat tempahan.

Bagaimana saya membuat tempahan?

Pilih pakej, pilih tarikh serta perkongsian bilik yang tersedia, tetapkan bilangan jemaah dan tambah ke tempahan. Semak pilihan anda dan lengkapkan checkout.

Harga yang dipaparkan untuk seorang atau satu bilik?

Harga pakej adalah untuk seorang. Harga bermula merujuk perkongsian bilik ber-5. Pilih varian bilik untuk melihat harga sebenar sebelum checkout.

Bagaimana saya memilih tarikh perjalanan?

Rujuk Jadual Trip untuk takwim perjalanan. Tarikh yang boleh ditempah akan disenaraikan pada halaman pakej. Hanya varian yang tersedia boleh ditambah ke tempahan.

Adakah gambar dan jarak hotel tepat?

Gambar peta ialah ilustrasi konsep dan tidak berskala. Jarak yang dipaparkan mengikut maklumat pakej. Hotel dan penerbangan yang dinyatakan atau setaraf; semak butiran tempahan anda.

Apakah yang termasuk dalam semua pakej?

12 hari 10 malam, mutawwif berpengalaman, insurans berkelompok, air Zam Zam 5 liter seorang dan speed train percuma, mengikut pakej yang dipilih.

Bagaimana dengan kos tambahan?

Rujuk halaman Kos Tambahan & Naik Taraf. Harga rujukan dan ketersediaan perlu disemak; pilihan tambahan hanya termasuk dalam bayaran jika disenaraikan dalam checkout.

Bolehkah saya membatalkan atau menukar tempahan?

Rujuk terma dan polisi yang dipaparkan semasa membuat tempahan. Hubungi ER dengan nombor tempahan untuk bantuan.

Hubungi ER